Profil Syarikat

KOPERASI SHAMELIN BERHAD

Koperasi Shamelin Berhad, atau lebih dikenali sebagai SHAMELIN, adalah sebuah koperasi berdaftar yang ditubuhkan pada 13 April 1971 dengan tujuan untuk meningkatkan kepetingan ekonomi anggota-anggotanya mengikut prinsip-prinsip koperasi.

Sehingga 31 Mac 2008. SHAMELIN telah mempunyai anggota seramai 22,504 orang dengan syer terkumpul sebanyak RM9,835,153.55. Sejak ditubuhkan SHAMELIN telah melalui beberapa pengalaman pahit getir dalam usaha untuk mencari dan memantapkan aktiviti-aktiviti ekonomi yang boleh merealisasikan tujuan penubuhan.

Antara beberapa cubaan perniagaan yang ceburi yang paling menonjol pada tahun-tahun 70an ialah usaha untuk mengadakan rangkaian kedai runcit di seluruh negara, tetapi kurang berjaya. Pada awal tahun 80an, SHAMELIN berjaya memperoleh sebidang tanah seluas 135 ekar di Cheras, Kuala Lumpur untuk dimajukan sebagai sebuah taman yang mengandungi bangunan-bangunan kediaman, perdagangan dan perkilangan, yang dikenali sebagai Taman Shamelin Perkasa. Kejayaan memperoleh tanah ini telah memberi peluang kepada SHAMELIN untuk melonjak jauh di dalam arus perdana kegiatan ekonomi negara ketika itu. Pada peringkat awalnya SHAMELIN berjaya mengendalikan perniagaan memajukan hartanah ini dengan baik, namun pada pertengahan tahun 80an, ianya mula menghadapi masalah dan seterusnya projek pembangunan ini terbengkalai. Ekoran daripada ini lain-lain perniagaan yang diceburinya turut menghadapi masalah. Dengan daya usaha Lembaga Pengarah yang berkaliber serta semangat juang, Shamelin telah dapat dipulihkan dengan jayanya.

SHAMELIN BINA SDN. BHD.

Ditubuhkan pada Mei 2008, Shamelin Bina merupakan syarikat jualan langsung tempatan yang dimiliki sepenuhnya oleh salah satu antara 20 Koperasi terbaik di Malaysia iaitu Koperasi Shamelin Berhad. Dengan menengahkan Jus Manggis sebagai produk utama, Shamelin Bina telah pun mencipta satu gelombang di dalam industri jualan langsung tempatan di mana penggunaan produk Jus Manggis dapat membantu menyembuhkan pelbagai jenis penyakit kronik.


Syarikat juga telah melahirkan Jutawan jualan langsung dalam masa yang singkat melalui pelan pemasaran yang terbukti berkesan. Melalui program Shamelin Busines School yang telah direka khusus untuk memberi latihan dan pembangunan yang komprehensif dalam menjadikan insan biasa kepada luar biasa. Shamelin Bina melaburkan jutaan ringgit setahun bagi tujuan pembangunan dan latihan pengedar-pengedar. Selepas 2 tahun beroperasi, Shamelin Bina telahpun menembusi pasaran global, bermula dengan Brunei, Indonesia dan terbaru Thailand.